Cara penyediaan rumpai laut
0Hye!
Sunday, 16 June 2013 | 05:40 | 0 Words
- Ambil 1 paket (100 gram) rumpai laut.
- Basuh rumpai laut, ramas-ramas rumpai laut sama seperti membasuh beras, cuci sebanyak 5-6 kali.
- Rumpai laut yang telah dibasuh hendaklah direndam semalam. Selepas direndam semalam, rumpai laut perlu dicuci lagi sebanyak 5-6 kali dan toskan.
- Sekarang proses merebus rumpai laut. Untuk proses merebus rumpai laut 100gram, masukkan sebanyak 2.5 litre air kosong di dalam periuk.
- Bagi menghilangkan bau hanyir, semasa merebus boleh masukkan 3-4 helai daun pandan dan direbus selama 35-40 minit. Seeloknya kacau rumpai laut sehingga hancur, tapiskan ke dalam bekas berasingan. Biarkan sejuk dahulu, kemudian baru dimasukkan ke dalam peti ais. Rumpai laut yang di simpan di dalam peti ais akan beku seperti agar-agar.
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan air ape-ape yang anda suka.(cth: air soya,orange,grape)

